Latar belakang Michael_Jackson

Jackson memulakan kerjaya nyanyian pada usia tujuh tahun sebagai penyanyi utama kumpulan The Jackson 5. Beliau mengeluarkan rakaman solo sulung beliau, Got to Be There, pada tahun 1971, semasa masih bersama kumpulan tersebut.[6] Dalam kerjaya solo beliau, Jackson merakam dan menerbitkan album terlaris sepanjang zaman, iaitu album Thriller yang jualan seluruh dunia mencecah 104 juta.[7] Selepas Thriller, Jackson terus mengeluarkan album-album yang menjadi juara carta antarabangsa seperti Bad (1987), Dangerous (1991), HIStory (1995), dan Invincible (2001), album terkini beliau yang mengandungi semuanya karya asli. Michael Jackson telah menerima 13 anugerah Grammy[8] dan mencatat 13 single #1 di Amerika Syarikat, menjadikan beliau artis lelaki solo yang paling banyak mencapai kedudukan #1 dalam era Hot 100.[9] Pada bulan November 2006, World Music Awards mengumumkan bahawa Michael Jackson telah memecah rekod jualan album lebih daripada 750 juta salinan seluruh dunia,[10] menjadikan Jackson salah seorang artis rakaman yang paling laris jualan albumnya sepanjang zaman.

Dari 1988 hingga 2005, Jackson menetap di hartanah Neverland Ranch beliau, di mana beliau membina sebuah taman tema kecil dan zoo persendirian yang sering dikunjungi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menghidapi penyakit yang tidak boleh dirawat. Khabar angin mengenai parti bermalam di rumah beliau menerima liputan media negatif setelah didapati bahawa kanak-kanak kerap tidur di aktilnya. Ini mula-mula diketengahkan apabila beliau dituduh melakukan penderaan kanak-kanak seksual pada tahun 1993. Hubungan Michael Jackson dnegan kanak-kanak diketengahkan semula pada tahun 2003 apabila dokumentari TV Living with Michael Jackson disiarkan. Akibatnya, Jackson diheret ke mahkamah lalu didapati tidak bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan kanak-kanak dan tuduhan-tuduhan lain pada tahun 2005.

Pada 21 November 2008, akhbar tabloid Barat menerbitkan rencana mengenai Jackson yang memeluk Islam di Los Angeles iaitu di rumah Steve Porcaro bersama-sama dengan bintang muzik British, Cat Stevens (kini Yusuf Islam), serta menukar namanya kepada 'Mikaeel'; walau bagaimanapun tiada kenyataan rasmi oleh Jackson sendiri yang mengesahkannya.[11][12][13][14][15][16][17] Beberapa sumber lain pula berpendapat beliau sudah pun memeluk Islam lebih awal pada tahun 2007 apabila abangnya Jermaine mengatakan beliau akan memeluk Islam.[18][19]

Kematian

Wikiberita mempunyai berita berkaitan: Singer and songwriter Michael Jackson dies

Pada pagi 25 Jun 2009, Jackson dilaporkan pengsan di rumah sewanya di barat Los Angeles. Pasukan paramedik menerima panggilan kecemasan pada pukul 12:21 pm waktu tempatan.[20] Beliau dilaporkan tidak bernafas sebaik sahaja pasukan paramedik tiba, dan rawatan CPR cuba dilakukan serta-merta.[21] Beliau koma, propofol dan meninggal dunia sebaik sahaja selepas dikejarkan ke Hospital UCLA.[22] Kematian beliau disyaki kerana kegagalan jantung.[21] Jackson diisytiharkan meninggal dunia pada pukul 2:26 pm Waktu Pasifik. Pada pukul 4:36 pm waktu tempatan, koroner Los Angeles mengesahkan kematian Jackson.[23] Walaupun tiada bukti perbuatan jenayah, pasukan penyiasat Jabatan Polis Los Angeles memulakan siasatan terhadap kematiannya.[24]

Rujukan

WikiPedia: Michael_Jackson http://www.news.com.au/entertainment/story/0,26278... http://www.accesshollywood.com/news/ah2388.shtml http://www.cnn.com/2009/SHOWBIZ/Music/06/25/jackso... http://www.grammy.com/GRAMMY_Awards/Winners/Result... http://www.imdb.com/name/nm0001391/ http://www.impre.com/la-gente-dice/viewArticle.act... http://www.jpanafrican.com/docs/vol3no7/3.7MJ-Wann... http://theenvelope.latimes.com/music/env-wmas-15no... http://michaeljackson.com/lofi/history-main-1970s.... http://www.mjtmc.com/news/details.aspx?lang=EN&mod...